Pages

Wednesday 10 February 2016

Produk Dah Ada. Macamana Nak Jual Ni?


Tak Tahu Nak Jual? Baca Artikel Ni. Hadam Dan Ambil Tindakan.

 Salam sahabat,

Anda dah ada produk. Produk yang anda rasa boleh jual. Sebab anda lihat ramai orang jual. Bila ramai orang jual mesti ramai yang nak beli. Betul? Pada pendapat anda lagi

produk ini memang terkenal. Dikeluarkan oleh orang yang terkenal. Jenama juga mungkin terkenal. Pada pendapat anda lagi memang senang nak jual lah. Betul? Dan lagi

harganya pula berpatutan. Barang berkualiti. Memang barang keperluan yang semua orang nak. Memang boleh jual lah. Betul? Jawapanya

SALAH. Macamana anda tahu? Siapa beritahu anda? Anda yakin ke?

Jangan cuba teka-teka. Akibatnya anda yang akan menderita.Sesal dulu pendapatan sesal kemudian buang masa.

 John Abraham seorang penulis iklan yang hebat berkata, anda perlu bina profil pelanggan anda. Anda perlu pastikan memang itu yang orang mahu. Anda kena pastikan produk anda memang meyelesaikan masalah mereka. Jadi langkah pertama ialah

Buat Iklan dummy. Validasi pasaran. Sebab apa?

Sebabnya anda tidak boleh jual kepada semua orang. Anda hanya perlu jual pada orang yang betul-betul perlukan. Orang yang ada masalah. Dan anda adalah penyelesaian kepada masalah mereka. Macamana tu?

Cara saya ialah buat "squeeze page". Apa tu squeeze page?

Squeeze page atau boleh dipanggil landing page ialah halaman untuk anda bercerita secara ringkas bagaimana anda boleh tolong selesaikan masalah mereka. Jika mereka berminat

perlu masukan nama dan email untuk anda cerita dengan lebih lanjut. Hasilnya?

Bila Prospek Menyerah Diri. Layan Baik-Baik. Selesaikanlah Masalah Mereka.

Jika ada yang sudi masukan nama dan email mereka bermakna mereka adalah sasaran pelanggan anda. Selesai. Faham?

Tak faham? Sabar. Untuk post seterusnya saya akan tunjuk pada anda apa itu squeeze page.

Mohon jasa baik anda untuk share artikel ini ya. Mungkin anda boleh bantu sahabat anda yang lain.

Jumpa lagi pada artikel seterusnya. 

Yang sedia berkhidmat
Faisal Muhamad

No comments:

Post a Comment