Pages

Siapa Saya?

Salam sahabat,

Terima kasih kerana sudi datang ke blog saya. Mungkin anda mencari-cari sesuatu. Saya pun tak tahu. Apa-apa pun terima kasih. Saya Faisal. Empunya blog ni. Suka berkongsi. Bertujuan untuk mendapat pahala dari perkongsian ini. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu.

Saya suka buat ujikaji. Dalam bentuk penulisan. Antara cabaran saya ialah untuk menggunakan kekuatan penulisan semaksima yang mungkin tanpa menggunakan iklan berbayar.

Maksudnya, tanpa perlu fbads tapi dapat hasilkan jualan ribu-riban. Bukan ratusan. Mencabar tak? Memang mencabar. Tapi tidak mustahil. Ini tujuan saya. Blog ini sebagai buku log dan juga mungkin boleh jadi rujukan anda.Mungkin ianya berjaya, mungkin tidak. Selagi ada kekuatan dan daya, selagi itulah pencarian ilmu akan berlaku.

Ingat kejayaan dan hasil yang kita perolehi adalah dengan izin mutlak Allah Taala. Kita semua? Takda apa-apa pun. Tugas kita sebagai hamba adalah mematuhi perintah Yang Maha Berkuasa agar berusaha.

Walaubagaimanapun saya dioakan anda semua berjaya. In shaa Allah.


Yang Berkongsi Maklumat Sejagat
Faisal Muhamad