Pages

Wednesday 10 February 2016

Gagal Menjual Online? Walaupun RM1?



Kenalpasti 3 sebab kenapa anda gagal untuk jual online

Jangan Bimbang. Selepas Anda Tahu Sebabnya, Jualan Anda Akan Kebulan In shaa Allah.


Salam sahabat,

Semoga anda diberi kekuatan untuk berusaha. Usaha tangga kejayaan. Sebenarnya saya suka gantikan "usaha esclator kejayaan". Nampak laju sikit kan. Semua orang suka benda yang pantas. Duit pantas. Untung pantas. Kaya pantas. Jadi jutawan pun pantas. Saya pun sama. Kalau ada yang kata tak suka tu bohong lah ya.

Apa-apa pun saya pasti anda sekarang sedang berusaha untuk tingkatkan pendapatan anda demi keluarga yang tercinta. Dengan keadaan ekonomi yang sangat mencabar. Barang-barang keperluan yang semakin mahal. Yuran sekolah yang juga mencecah ribu riban. Nak tak nak perlu untuk kita cari duit tambahan untuk menampung perbelanjaan harian kita.

Tapi...

Masih ramai yang mengeluh. Ramai juga yang masih belum berjaya buat duit. Ramai juga yang pilih untuk buat perniagaan secara online. Tapi ramai juga yang masih belum dapat buat duit walaupun RM1. Betul? Adakah anda termasuk dalam golongan diatas? Apa sebabnya? Sebelum tu ...

Saya nak kongsi. Cerita saya. Sebagai peniaga online. Tolong baca dengan teliti.

Saya pun macam anda. Pernah melaluinya. Antara perniagaan online yang saya cuba adalah afflilliate, dropship dan juga produk fizikal yang lain. Semua gagal. RM1 pun tak dapat. Tak da orang beli. Saya post dalam facebook. Post dalam forum. Post dalam blog. Post dalam twitter. Sama saja. Tak ada siapa-siapa pun endahkan. Pernah pada satu masa

saya post dalam group facebook berkali-kali. Sekejap saja post saya hilang. Rupa-rupanya orang lain pun sama. Buat benda yang sama. Persaingan yang sengit. Dengan bermacam-macam produk ada. Kalau minyak wangi, macam-macam jenis ada. Ada juga juga yang menjual produk yang sama. Bukan seorang tapi berbelas-belas orang. Penat. Saya cuba fikir...

apa yang perlu saya buat. Supaya saya dapat asingkan diri saya dari peniaga yang lain. Supaya saya dapat menjadi seorang penjual yang unik. Yang mempunyai kelebihan dari peniaga lain. Saya terus berfkir ....

Akhirnya...

Apa yang saya perlu kenal pasti dulu ialah , "DIMANA SILAP SAYA?" Dan saya telah kenalpasti 3 kesilapan besar saya iaitu :

a) Siapa saya? Orang tak kenal saya
b) Iklan saya tidak unik
c) Jual kepada semua orang.

Ini silap saya. Silap yang saya buat tanpa ilmu. Akibatnya tiada orang yang beli. RM1 pun tak pernah dapat. Saya bertekad. Saya perlu buat kajian. Perlu menuntut ilmu. Perlu validasi. Akhirnya ...

saya berjaya. Dengan satu strategi yang sangat ampuh. Iaitu kena ada database pelanggan. Saya akan
kongsi pada post yang kedua nanti langkah-langkah yang saya ambil untuk mula menjana duit secara online.

Tunggu ya.

Saya juga berharap anda boleh kongsi post ni jika tidak keberatan. Mungkin ada sahabat-kita yang juga mengalami masalah yang sama. Sedikit sebanyak saya cuba untuk membantu apa yang saya mampu.

Juga jangan lupa untuk daftar nama dan email anda di bawah post ini supaya tidak terlepas post-post terbaru saya nanti ya.

Terima kasih.

Yang sudi membantu secara percuma ..
Faisal Muhamad

No comments:

Post a Comment